Dalam
pengaturcaraan berorientasi objek (OOP),
pewarisan ialah satu cara untuk
mengguna semula kod bagi objek-objek sedia ada, mewujudkan
subjenis daripada objek-objek sedia ada, atau kedua-duanya, bergantung kepada sokongan bahasa pengaturcaraan. Dalam pewarisan klasik, pada mana objek ditakrifkan oleh
kelas, kelas boleh mewarisi sifat dan perilaku (iaitu algoritma yang dikodkan sebelumnya berhubungan dengan sesuatu kelas) daripada kelas sedia ada yang dipanggil
kelas asas, kelas super, kelas induk, atau kelas moyang. Kelas-kelas baru dikenali sebagai kelas terbitan, subkelas, atau kelas anak. Hubungan antara
kelas menerusi pewarisan membawa kepada
hirarki. Dalam
pengaturcaraan berasaskan prototaip, objek-objek boleh ditakrifkan secara langsung daripada objek lain tanpa perlu menakrifkan kelas-kelas tertentu. Ciri ini dipanggil
pewarisan kebezaan. Pewarisan rumit, atau pewarisan yang digunakan dalam rekaan yang kurang matang, mungkin akan membawa kepada
masalah yo-yo.Konsep pewarisan telah dicipta pada tahun 1968 untuk
Simula.
[1]